Biografi Fakhruddin al-Razi

Beliau dilahirkan di Rayy, sebuah daerah berdekatan dengan Teheran. Pengajian awal beliau adalah daripada ayahnya iaitu Diya'uddin atau Khatib al-Ray dan ilmu yang dipelajarinya ialah kalam, fiqh dan sains Islam. Setelah itu, al-Razi meneruskan pengajian dengan Majduddin al-Jili dan Kamal Samnani. Fakhruddin muslim bermazhab Syafie dan teologinya aliran Ash'ari. Beliau dikenali sebagai Ibni al-Khatib dan Khatib al-Ray. Di Afghanistan dan Iran, beliau dikenali sebagai Imam Razi.

Al Razi kemudiannya mengembara ke Khorezmi di Khorasan. Di setiap bandar yang disinggahi beliau, ramai orang mendekati beliau untuk menuntut ilmu. Malahan, belia mencatatkan bandar-bandar yang dikunjunginya, murid-muridnya dan cendiakawan-cendiakawan yang ditemui. Hasil pengembaraan beliau dirumuskan dalam bukunya yang bertajuk Munzarat Fakhruddin al Razi fi Bilad Ma Wara al-Nahar. Beliau juga turut bertemu dengan beberapa pembangkang beliau seperti Mutazilah, Hanbali (yang menetang ilmu kalam), Batiniah dan Qarmatiah di mana ajaran mereka ini dikritik oleh al Razi. Beliau menghabiskan masa tuanya di Herat dan membina masjid di situ.